Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Rabu, 9 Mac 2011

6 : SALAH SIAPA?

Tarikh   : 22. 01. 2011
Tempat : Kolej Zaba.
Situasi   :
Hari ini aku bersama teman-teman seperjuangan sewaktu mengambil Ko-Bola Jaring tahun lepas berkumpul kembali untuk menyertai Pertandingan Bola Jaring Sempena Hari Terbuka Kolej Zaba.  Pada awal pertandingan segala-galanya berjalan dengan lancar.  Pertandingan pada hari berkenaan akan disambung sehingga sebelah malam.  Memandangkan kumpulan kami berjaya ke peringkat separuh akhir, maka kami tiada perlawanan pada malam berkenaan kerana suku akhir akan dijalankan pada keesokan harinya.  Malangnya, pada malam berkenaan setelah semua temanku pulang ke rumah masing-masing yang rata-ratanya tinggal di KHAR, tiba-tiba pihak pengurusan Bola Jaring menalefonku dan memaklumkan bahawa pertandingan peringkat seku akhir akan dijalankan pada malam berkenaan dan kami diarahkan untuk hadir di gelanggang pertandingan di Kolej Zaba secepat mungkin.  Dalam keadaan kelam kabut kami bergegas ke Kolej Zaba yang perjalanannya mengambil masa sekitar 15 minit itu.

Ulasan :
Dalam keadaan demikian, aku berasa sangat tidak berpuas hati dengan pengurusan pertandingan dan agak marah dengan apa yang berlaku.  Hal ini kerana, kami sepasukan terpaksa berkejar-kejar dan jam pada waktu itu sekitar pukul 9 malam.  Seharuanya, bagi sesebuah program dan pertandingan yang melibatkan banyak penyertaan, perancangan yang baik dan penyampaian maklumat yang betul, tepat dan cepat haruslah dilakukan.  Bukan bermaksud mahu mencari salah siapa-siapa, namun dari segi logik akal ia tidak dapat diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan