Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Sabtu, 3 Disember 2011

Berita Lama TV3 : Banjir Lumpur Di Pos Dipang (1996)





Tonton petikan berita di atas dan jawab soalan-soalan berikut.


1)  Bagaimanakan banjir di Pos Dipang boleh berlaku?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

2)   Berapa buah rumahkah yang terlibat dalam banjir berkenaan?
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

3)  Kesan 5 frasa nama yang terdapat dalam berita di atas.

-__________________
-__________________
-__________________
-__________________
-__________________

[Berita TV AlHijrah] Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand 2011

LATIHAN TAMBAHAN

Tatabahasa Bahasa Melayu dalam SPM 2008

 

Soalan 3(a)

1.      Bina ayat dengan perkataan yang berikut tanpa menambah atau menggugurkan imbuhan bagi setiap perkataan yang berikut:

(i)                 lebaran
(ii)               lebarkan
(iii)             dilebarkan
(iv)             melebarkan
(v)               perlebar
(vi)             memperlebar

Soalan 3(b)
1. Menganalisis Ayat
Nyatakan jenis ayat di bawah ini sama ada ayat aktif transitif, ayat aktif tak transitif atau ayat pasif.

(i) Baju itu masih belum berjahit lagi.
(ii) Dia suka bergurau.
(iii)Dia keletihan setelah penat bekerja.
(iv)Mereka suka membaca buku.
(v) Dia teringat akan isterinya di hospital.
(vi) Hazami teringat oleh ibunya di kampung.

2. Menukarkan Ayat Aktif kepada Ayat Pasif
Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat pasif.
(i)                 Beta akan menganugerahi beliau gelaran Datu`.
(ii)               Saya membeli buku itu di kedai koperasi .
(iii)             Kami akan membantu guru pada hari pendaftaran pelajar baharu itu nanti.

3. Menukarkan Ayat Pasif kepada Ayat Aktif
Tukarkan ayat-ayat pasif. di bawah ini kepada ayat aktif
(i)                 Kursus itu akan saya jalani pada minggu depan.
(ii)               Peperiksaan itu akan kami duduki pada bulan Jun nanti.
(iii)             Kita tuntut  kemerdekaan daripada penjajah.

4. Menyambungkan ayat
Sambungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi ayat majmuk.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mewujudkan forum.  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sudah mewujudkan forum . Kedua-dua pihak membincangkan langkah untuk menangani gejala samseng .Gejala samseng itu kini menular di sekolah. Pihak polis  sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan. Pihak Kementerin Pelajaran sedang membincangkan kaedah terperinci untuk mengekang gejala samseng berkenaan.  Dato` Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan sesuatu. Kementerian itu sudah mengenal pasti kumpulan kongsi gelap. Kongsi gelap itu  melakukan kegiatan merekrut pelajar sekolah. Pelajar sekolah menyertai kumpulan terbabit.


5. Memisahkan Ayat
Pisahkan ayat-ayat di bawah ini kepada 4 ayat dengan mengekalkan maksud dan struktur asalnya.

Pasangan suami isteri yang menghadapi tuduhan mengambil deposit secara haram berjumlah RM1.22 juta daripada orang ramai itu telah melantik  peguam bela bagi mengendalikan penggulungan hujah kes mereka di Mahkamah Sesyen pada hari ini.

 

6.  Menukarkan Ayat Cakap Ajuk kepada Ayat Cakap Pindah

Tukarkan ayat-ayat di bawah ini daripada ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
"Saya dapati kamu telah melakukan satu kesalahan yang amat besar hari ini," Pengetua mula membuat tuduhan terhadap Faizal yang masih terpinga-pinga.
"Tidak Cikgu! Saya tak buat apa-apa kesalahan," Faizal cuba mempertahankan diri.
"Cikgu Aziz pengsan, kamu tahu?" tanya Pengetua.


Soalan 3(c) Kesalahan ejaan dan imbuhan
Dalam ayat-ayat di bawah ini, terdapat dua penggunaan ejaan  dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya  dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Percikkan bunga api itu dilihat sungguh indah pada malam sambutan Hari Kemerdekaan Negara.
ii. Zarul Amin berbaring keletihan setelah pulang daripada menjaja ais krim.
iii. Saya tidak dapat dengar apa-apa  yang diperkatakan oleh Salmah kerana suasana hangar bingar.

Soalan 3(d) Kesalahan kata/istilah dan bahasa
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua  kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti  kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula  tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i)                 Kontingen negara akan menghantar satu pasukan peninju muda yang paling handal sekali di negara kita dalam kejohonan tinju peringkat amatur di Bangkok, Thailand .
(ii)               Petunjuk-petunjuk perasaan yang menentang campur tangan Amerika di negara Iraq itu sedang berarak di jalan raya-jalan raya di seluruh negara.
(iii)             Penyanyi yang menagih dadah itu akan diletakkan di bawah perhatian pihak polis selama dua setengah tahun.

Soalan 3(e) Peribahasa

1.Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Hidupnya begitu sukar untuk diteruskan kerana dia terpaksa bekerja pada setiap masa untuk sesuap nasi. Untuk meneruskan kehidupan, dia terpaksa bekerja kerana tanpa usaha rezeki tidak akan menjelma. Apabila sudah mendapat rezeki, dia perlu berusaha dengan lebih gigih lagi kerana rezeki yang sedikit tidak akan menjadi banyak atau bertambah jika dia tidak melipatgandakan usaha.
 [ 6 markah ]

2. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam ayat-ayat ini.
(i)                 “Saya yakin bahawa kamu akan berjaya kerana jika kamu berusaha dengan bersungguh-sungguh kejayaan sudah pasti menjadi milik kamu.” Kata Cikgu Haris kepada Wati.
(ii)               Kita hendaklah berjuang hingga titisan darah yang terakhir demi negara yang tercinta ini.
(iii)             Dia terpaksa berada di perantauan untuk mencari rezeki bagi menyara keluarganya.
 [ 6 markah ]

Soalan Contoh 3
Bina ayat berdasarkan peribahasa yang diberikan di bawah ini.

(i)                 Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.
(ii)               Tak lapuk dek hujan dan  tak lekang dek panas.
(iii)             Indah khabar daripada rupa
[ 6 markah ]

Soalan Contoh 4

Isi tempat kosong di bawah ini dengan peribahasa yang sesuai.

(i)                 Orang yang selalu mengikut kemahuan orang lain.          _____________________________________________.  
(ii)               Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.         ______________________________________________ .
(iii)             Sesuatu perkara yang muncul terlalu banyak pada sesuatu masa.  ________________________________________________ .
[ 6 markah ]
Soalan Contoh 5
Berikan  maksud setiap peribahasa  di bawah ini.

(i) Bulat air kerana  pembetung,bulat manusia  kerana muafakat
(ii) Bagai kaca terhempas ke batu.
(iii)Lintah darat
[ 6 markah ]

Rabu, 10 Ogos 2011

Asam Garam Seorang Guru.

Semalam....
kejadian ini berlaku bukan di sekolah saya...ia berlaku pada teman seperjuangan yang mengajar di sekolah bersebelahan dengan sekolah saya.  Kisahnya, ibu bapa menerjah masuk ke kelas dan memberitahu pada teman saya bahawa dia ingin berjumpa dengan pelajar yang mengejek anaknya...dalam keadaan terpinga-pinga, teman saya membenarkan si ibu tadi memanggil pelajar yang mengejek anaknya, namun tiada seorang pun yang keluar. Lama menunggu akhirnya ibu itu pun berlalu pergi. Akibatnya, oleh kerana terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar kelas berkenaan, guru kelasnya sendiri masuk ke kelas dan melepaskan segala apa yang terpendam selama ini berkenaan anak-anak muridnya itu.

Hari ini...
Saya menangkap seorang pelajar yang ponteng.  Alasan sungguh tidak munasabah.  Pelajar kelas saya sendiri tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.  Ada pelajar yang membebel,merungut apabila dimarah dan ditegur.  Jadi..????

Esok...
Entah apa pula ceritanya.....

       Kini, menjadi seorang guru seumpama mempertaruhkan kesabaran dan ketabahan jiwa.  Sedih melihat pelajar-pelajar zaman ini.  Seolah-olah mereka tidak memikirkan masa depan dan hari-hari akan datang.  Mana dengan masalah melawan guru, tidak hormat guru, bergaduh, merokok, mencuri, tidak siap kerja, ponteng kelas dan macam-macam lagi.  Hal ini ditambahterukkan lagi dengan sikap ibu bapa yang tidak boleh langsung menyentuh anak mereka.  Manjakan anak biar bertempat.  Jangan sampai guru tidak boleh berbuat apa-apa, jangan sampai pelajar datang ke sekolah langsung tidak mendapat apa-apa.  Semoga pelajar saya itu tahu menilai dunia hari ini...semoga mereka dapat menjadi insan baik di bunia & akhirat.

Selasa, 9 Ogos 2011

JANJI


Nor AziAriff
JANJI

Janji
terungkap kala pasti
terzahir kala yakin
ternoda kerna alpa.

Kerna janji
insan percaya membabi buta
insan lupa dosa pahala
insan murni menjadi hina
insan suci jadi tercela
lantas bertitik noda dijiwa.

Jangan berjanji sesedap jiwa
kelak merana diri terhina
andai berjanji, biarlah berpada
sandarkan ketentuan pada yang esa
kita insan hanya menduga
tapi dia penentu segala.

Tanjung Malim
20.01.2011

Jumaat, 18 Mac 2011

40 : Cuci Kereta

Tarikh   : 18.03.2011
Tempat : Tempat Mencuci Kereta
Situasi  :
Seorang lelaki dalm lingkungan 40-an mungkin seorang penjawat kerajaan atau Polis, dilihat dari susuk tubuh dan raut wajahnya.  Dia juga mencuci keretanya.  Ketika mahu membayar lelaki 
berkenaan tiada duit kecil dan pemilik tempat cuci kereta berkenaan tiada wang tukar.  

“macam mana ni, tak ada duit tukar”  kata lelaki itu dengan nada keras.  “Kalau macam tu esok saya datang bayar ” sambung lelaki itu lagi dengan suara yang keras.  “eh, mana boleh encik..” Kata tuan kedai berkenaan.  “Habis tu dah tak ada duit tukar, kalau tak percaya datang rumah saya ”  Kata lelaki berkenaan dengan keras  sambil menunjuk arah rumahnya.  Tidak terkata tuan kedai berkenaan dan lelaki itupun terus berlalu pergi dengan keretanya yang sudah bersih dicuci itu.


Ulasan  :
Berdasarkan situasi yang aku alami tadi, dapat disimpulkan kedua-dua belah pihak bersalah.  Pertama lelaki 40’an berkenaan.  Sungguhpun tuan kedai itu bersalah kerana tidak mempunyai duit tukar, dia tidak seharusnya meninggikan suara dan berkata-kata dengan keras seolah-olah tuan kedai itu tidak mempunyai parasaan.  Jika dilihat dari perlakuan lelaki 40-an berkenaan, dia kelihatan merendah-rendahkan status dan pekertaan tuan kedai sebagi pencuci kereta.  Apalah salahnya andai dia menggunakan bahasa yang lebih lembut dan halus dan dengan nada suara yang lebih sesuai kerana lelaki 40-an itu bukan sahaja membawa imejnya, tetapi turut membawa imej atau sikap orang Melayu dan aku turut berasa malu dengan tindakannya.

39 : Saring Bahan Dan Bahasa.


Tarikh   : 17.03.2011
Tempat : Taman Bernam 2.
Situasi  :
Hari ini aku akan menjadi penilai untuk pengajaran makro rakan sekelasku.  Semasa menilai, aku dapati rakanku ini menggunakan bahan bantu mengajar yang baik namun ada aspek yang mungkin terlepas pandang dan tidak sepatutnya berlaku.  Keratan akhbar yang diambil untuk dijadikan BBM mengandungi tajuk akhbar yang agak ‘keterlaluan’ dan tidak sesuai untuk pelajar.  Walaupun sebenarnya bukan itu fokusnya, fokusnya hanyalah sebahagian daripada akhbar berkenaan.


Ulasan:
Sebagai seorang guru, pastinya kita teruja untuk menggunakan BBM yang pelbagai bagi menarik perhatian pelajar.  Namun seharusnya setiap BBM yang diambil atau digunakan terutamanya yang diambil secara lansung daripada internet perlulah disaring terlebih dahulu supaya tidak memaparkan kepada para pelajar perkara-perkara yang tidak sepatutnya.  Dewasa ini kita perlu paham bahawasanya pelajar – pelajar sekolah sudah sememangnya terdedah dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti lucah, samseng dan sebagainya.  Maka, sebagai seorang guru kita harus menyaring terlebih dahulu bahan dan bahasa yang digunakan supaya ia tidak mempengaruhi pelajar.