Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 25 Februari 2011

5:SAYA TERSILAP LIDAH.

Tempat : Dewan Sri Tanjung,UPSI.
Tarikh  :  21/01/2011 ( Jumaat ).
Situasi  :
Untuk pertama kalinya bagi tahun ini aku menjadi pengacara majlis.  Hari ini akan  berlansungnya Seminar Sosiolinguistik yang akan dihadiri oleh ramai pensyarah-pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi.  Walaupun aku sudah biasa menjadi pengacara majlis, namun debarannya bukan kepalang kerana aku memikirkan yang akan memberi ceramah pada seminar ini adalah seorang tokoh bahasa tersohor iaitu Prof. Dr. Awang Sariyan, sudah tentu setiap yang bakal aku ucapkan nanti menjadi perhatian dan penting. Sepanjang menjadi pengacara majlis pada hari ini, aku menjaga setiap bait kata yang dilafazkan.  Namun, malangnya aku tersilap lidah dan tersekat-sekat, entah mengapa lidah terasa sangat kelu dan secara tidak lansung gemuruh menyerang hebat diriku.  Hal ini demikian kerana, mungkin aku terlalu gementar dan menjaga setiap perkataan yang diucapkan.

Ulasan :
Sebagai seorang pengacara majlis, kadang-kala ,perkara yang berlaku sewaktu majlis berlansung tidak dapat dikawal dan dielakkan. Kadang-kala terlalu menjaga tutur kata juga akan menyebabkan tersilap lidah ini berlaku apatah lagi andai langsung tidak menjaga tutur kata.  Apabila berlakunya tersilap lidah atau perkara yang di luar perancangan ia serba sedikit akan mencacatkan majlis berkenaan dan itulah tanggungjawab pengacara majlis.  Faktor tetamu kehormat juga menjadi penyumbang kepada tahap kegemuruhan pengacara majlis dalam satu-satu majlis.

4:Macam-macam.

Tempat : Tasik Proton City.
Tarikh   : 20/01/2011 (Khamis).
Situasi   :
Tasik Proton City adalah salah satu tempat tumpuan warga Tanjung Malim pada waktu petang dan cuti hujung minggu.  Di sini, banyak aktiviti boleh dilakukan antaranya seperti bersenam, bersiar-siar, bermain bola sepak, berkayak dan tidak kurang juga kanak-kanak yang bermain di taman permainan yang disediakan.  Namun, satu perkara yang menarik adalah terlalu ramai warga asing yang juga mengunjungi Tasik ini.  Pernah terdetik di hati ini, "di manakan aku berada sekarang ?" kerana ramainya warga asing.  Panorama dan gelagat manusia atau pengunjungnya pelbagai. Tidak kurang juga dengan warga negara Malaysia yang membuat sikap yang tidak senonoh di tempat awam begitu dan ia sebenarnya memberi imej buruk dan tauladan yang tidak bagus kepada anak-anak kecil.


Ulasan :
Mengenai kebanjiran warga asing, memang tidak dapat dielakkan kerana kehadiran mereka snagat perlu kerana meraka membantu membangunkan negara.  Namun, apabila terlalu ramai, seolah-olah kita warga Malaysia ini yang seperti menumpang di negara sendiri.  Tempat awam sebegini seharusnya tidak dicemari dengan aksi atau sikap anak-anak muda yang berpasangan lelaki dan perempuan yang tidak tahu sah atau tidak.  Keadaan ini akan memberi gambaran yang tidak bagus untuk anak-anak kecil yang juga ada di situ.

Isnin, 7 Februari 2011

3 : KATAKANLAH

Tempat : Petronas Tanjung Malim.
Tarikh   : 19/1/2011 ( Rabu )
Situasi   :
Seorang wanita dilihat mahu mengisi minyak keretanya di Petronas Tanjung Malim.  Namun malangnya dia tidak tahu di mana harus ditekan atau di mana butang untuk membuka penutup untuk mengisi minyak keretanya.  Setelah lama mencari, wanita tersebut masih tidak menjumpai benda yang dicari.  Mungkin selama ini dia tidak pernah mengisi minyak kereta.  Lantas dia mengambil keputusan untuk bertanya pada seorang penunggang motosikal bersebelahan dengannya.  " encik boleh tolong tak, saya tak tau macam mana nak buka tempat minyak tu ". Kata wanita tersebut.  Tanpa berkata sepatahpun penunggang motosikal lelaki itu terus pergi ke kereta wanita berkenaan dan mencari butang untuk membuka penutup minyak kereta berkenaan.  Namun, malangnya lelaki berkenaan juga gagal menemuinya.  "tah tak tau ". Kata lelaki berkenaan lalu terus berlalu meninggalkan wanita berkenaan yang dalam keadaan terpinga-pinga.

Sekadar contoh.

Ulasan :
Situasi di atas mungkin bukan sesuatu yang baru, malah acap kali berlaku kepada segelintir masyarakat di negara ini.  Dalam keadaan wanita berkenaan dia bertambah bingung dengan kelakuan dan tindakan lelaki tersebut.  Masalah wujud apabila lelaki berkenaan gagal berkomunikasi dengan baik sehingga menimbulkan tanda tanya.  Sekurang-kurangnya lelaki berkenaan haruslah berkata "maaf cik, sayapun kurang pasti". Seandainya lelaki berkenaan berbahasa dengan baik, ia bukan sahaja lebih sopan, memudahkan wanita itu memahami bahasanya, malah ia menggambarkan personaliti dan mentaliti lelaki berkenaan.  Benarlah, daripada tutur kata seseorang kita dapat mengagak personaliti dan pemikiran seseorang. 

Ahad, 6 Februari 2011

2 : KISAH SABAR

Tempat : Lif, Proton City.
Tarikh   : 18/1/2011 ( Selasa ).
Situasi   :
Seorang mahasiswi sedang menunggu lif bersama-sama puluhan pelajar lain yang juga mahu ke aras satu dan dua bangunan Proton City.  Pada mulanya aku langsung tidak perasan akan mahasiswi tersebut.  Namun, setelah beberapa ketika aku terperasan yang dia masih belum menaiki lif sama ada disebelan kiri mahupun disebelah kanan.  Aku menjadi tertarik dan tertanya-tanya.  Tidak lama kemudian, pelajar yang mahu menaiki lif mulai surut dan hanya tinggal tiga orang sahaja termasuk mahasiswi berkenaan, kemudian setibanya lif di aras bawah barulah mahasiswi berkenaan menaiki lif bersama dengan dua orang lagi pelajar.

Ulasan  :
Dalam keadaan mengejar masa dan kelas, memang sukar mahu melihat orang yang sesabar mahasiswi berkanaan.  Dalam keadaan terdesak mengejar masa, ramai yang tidak akan mempedulikan orang lain, sebolehnya sebuah lif itu akan dipenuhpadatkan asalkan dapat naik ke aras yang dituju.  Namun, bagi kes mahasiswi tadi, setelah aku amati perlakuannya, aku dapat simpulkan beberapa perkara.  Pertama, mingkin dia tidak suka berebut dan naik lif dalam keadaan berasak-asak.  Kedua, mungkin dia tiada kelas dalam jam yang terdekat.  Ketiga, mungkin dia sememangnya seorang yang sangat sabar.  Cadangan bagi sesiapa yang kelasnya hanya di aras satu, tidak perlulah menggunakan lif, gunakanlah tangga, supaya keadaan tidak terlalu sesak dan seksa.

1 : KERINGAT KECIL

Tempat : Pasar Malam Tanjung Malim.
Tarukh : 15/1/2011 ( Sabtu )
Situasi:
Sewaktu aku melewati deretan gerai-gerai di Pasar Malam Tanjung Malim, tertarik aku pada seorang kanak-kanak yang begitu cekap dan bersungguh- sungguh membantu bapanya melayan pelanggan yang membeli di gerai mereka.

Ulasan :
Dewasa ini agak sungkar untuk melihat atau mencari anak-anak yang sanggup berpayah membantu ibu bapa. Memang pada dasarnya, tugas anak yang sekecil itu harus duduk dirumah mentelaah pelajaran. Namun, bagi saya tidak salah andai dalam seminggu, setiap hujung minggu kanak-kanak itu membantu bapanya berniaga. Biar dia tahu susahnya mencari 10 sen, biar dia tahu setiap keringat yang mengalir, dengan tujuan supaya kanak-kanak itu belajar payah ayahnya mencari rezeki. Tidak mustahil dan insyaAllah kanak-kanak itu akan sedar keadaan keluarganya dan akan berusaha untuk mengubah nasib keluarganya supaya tidakkan selamanya ayah itu perlu bekerja demi sesuap nasi.