Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Isnin, 7 Februari 2011

3 : KATAKANLAH

Tempat : Petronas Tanjung Malim.
Tarikh   : 19/1/2011 ( Rabu )
Situasi   :
Seorang wanita dilihat mahu mengisi minyak keretanya di Petronas Tanjung Malim.  Namun malangnya dia tidak tahu di mana harus ditekan atau di mana butang untuk membuka penutup untuk mengisi minyak keretanya.  Setelah lama mencari, wanita tersebut masih tidak menjumpai benda yang dicari.  Mungkin selama ini dia tidak pernah mengisi minyak kereta.  Lantas dia mengambil keputusan untuk bertanya pada seorang penunggang motosikal bersebelahan dengannya.  " encik boleh tolong tak, saya tak tau macam mana nak buka tempat minyak tu ". Kata wanita tersebut.  Tanpa berkata sepatahpun penunggang motosikal lelaki itu terus pergi ke kereta wanita berkenaan dan mencari butang untuk membuka penutup minyak kereta berkenaan.  Namun, malangnya lelaki berkenaan juga gagal menemuinya.  "tah tak tau ". Kata lelaki berkenaan lalu terus berlalu meninggalkan wanita berkenaan yang dalam keadaan terpinga-pinga.

Sekadar contoh.

Ulasan :
Situasi di atas mungkin bukan sesuatu yang baru, malah acap kali berlaku kepada segelintir masyarakat di negara ini.  Dalam keadaan wanita berkenaan dia bertambah bingung dengan kelakuan dan tindakan lelaki tersebut.  Masalah wujud apabila lelaki berkenaan gagal berkomunikasi dengan baik sehingga menimbulkan tanda tanya.  Sekurang-kurangnya lelaki berkenaan haruslah berkata "maaf cik, sayapun kurang pasti". Seandainya lelaki berkenaan berbahasa dengan baik, ia bukan sahaja lebih sopan, memudahkan wanita itu memahami bahasanya, malah ia menggambarkan personaliti dan mentaliti lelaki berkenaan.  Benarlah, daripada tutur kata seseorang kita dapat mengagak personaliti dan pemikiran seseorang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan