Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 25 Februari 2011

5:SAYA TERSILAP LIDAH.

Tempat : Dewan Sri Tanjung,UPSI.
Tarikh  :  21/01/2011 ( Jumaat ).
Situasi  :
Untuk pertama kalinya bagi tahun ini aku menjadi pengacara majlis.  Hari ini akan  berlansungnya Seminar Sosiolinguistik yang akan dihadiri oleh ramai pensyarah-pensyarah Fakulti Bahasa dan Komunikasi.  Walaupun aku sudah biasa menjadi pengacara majlis, namun debarannya bukan kepalang kerana aku memikirkan yang akan memberi ceramah pada seminar ini adalah seorang tokoh bahasa tersohor iaitu Prof. Dr. Awang Sariyan, sudah tentu setiap yang bakal aku ucapkan nanti menjadi perhatian dan penting. Sepanjang menjadi pengacara majlis pada hari ini, aku menjaga setiap bait kata yang dilafazkan.  Namun, malangnya aku tersilap lidah dan tersekat-sekat, entah mengapa lidah terasa sangat kelu dan secara tidak lansung gemuruh menyerang hebat diriku.  Hal ini demikian kerana, mungkin aku terlalu gementar dan menjaga setiap perkataan yang diucapkan.

Ulasan :
Sebagai seorang pengacara majlis, kadang-kala ,perkara yang berlaku sewaktu majlis berlansung tidak dapat dikawal dan dielakkan. Kadang-kala terlalu menjaga tutur kata juga akan menyebabkan tersilap lidah ini berlaku apatah lagi andai langsung tidak menjaga tutur kata.  Apabila berlakunya tersilap lidah atau perkara yang di luar perancangan ia serba sedikit akan mencacatkan majlis berkenaan dan itulah tanggungjawab pengacara majlis.  Faktor tetamu kehormat juga menjadi penyumbang kepada tahap kegemuruhan pengacara majlis dalam satu-satu majlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan