Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

28 : Tersalah Bahasa

Tarikh   : 03.03.2011
Tempat : Taman Bernam 2
Situasi  :
Minggu ini dan minggu-minggu akan datang kelas EDU akan menjalankan pengajaran makro.  Semasa pengajaran makro hari ini, satu isu yang dibangkitkan atau diperbualkan adalah isu pengunaan bahasa yang dituturkan oleh guru.  Kadang-kala guru sukar untuk menghilangkan penggunaan bahasa basahan dalam pengajaran dan pembelajaran, sebagai contoh kesalahan berbahasa adalah :

                “ Piala Monsun Cup ”
                “ Main video game ”


Ulasan  :
Andai diperhatikan betul-betul, penggunaan ayat di atas seperti biasa dan tiada salahnya.  Namun sebenarnya penggunaan ayat seperti di atas adalah salah kerana ia mencampuradukkan kod bahasa dan tidak menepati semantik bahasa Melayu.  Seharusnya setiap bakal guru perlu berlatih dari sekarang untuk memahirkan diri berbahasa dengan betul supaya nanti tidak terpacul lagi ayat –ayat yang sedemikian.  Hal ini penting kerana ia kan memberi kesan kepada  pembelajaran anak murid.  Oleh itu, usahalah untuk berbahasa dengan betul.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan