Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

20: Jauhi Pentingkan Diri Sendiri

Tarikh   : 22.02.2011
Tempat : Perhentian Bas KUO.
Situasi  :
Selain daripada berebut bas, hari ini aku dapat mengesan satu lagi gejala dan sikap pelajar UPSI.  Ia juga berkaitan dengan bas, cuma keadaannya agak berbeza daripada berebut bas.  Keadaannya apabila penumpang yang berdiri tidak mahu ke belakang untuk memberi ruang kepada pelajar yang masih belum menaiki bas.  Rasanya pelajar berkenaan tahu bahawa ada orang lain mahu menaiki bas dan di juga tahu bahawa ramai orang telah berdiri di tangga bas, namun sikat tidak endah dan pentingkan diri telah membuatkan pelajar berkenaan bertindak demikian.   Jika dikira logik akal, pelajar berkenaan harus memberi ruang untuk orang lain masuk ke dalam bas.



Ulasan  :
Dalam hidup ini sebenarnya kita perlu menilai keadaan persekitaran.  Kebolehan menilai itu akan menguji kebolehan kita membuat keputusan yang pantas dan tepat.  Jangan bersikap pentingkan diri sendiri dalam sesetengah keadaan.  Sikap bertimbang rasa itu sebenarnya penting kerana esok mungkin hari pelajar yang berdiri itu pula yang tidak dapat menaiki bas. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan