Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Rabu, 16 Mac 2011

10 : Terjatuh

Tarikh   : 08.02.2011
Tempat : Hadapan Malim Sarjana.
Situasi   :
Waktu pagi begini sememangnya ramai pelajar yang akan melalui kawasan tempat letak kenderaan di hadapan Malim Sarjana untuk ke Dewan Kulian dan Bilik E-Learning.  Aku juga tidak ketinggalan untuk menjadi pengguna di laluan berkenaan.  Namun, di tengah-tengah laluan tersebut terdapat "zebra tape"  yang dipasang merentangi laluan yang sebelahnya diikat pada pokok dan sebelah lagi diikat pada besi penanda jalan yang ringan.  Semua pelajar yang melalui jalan berkenaan pasti akan mengangkat "zebra tape " berkenaan dan lalu di bawahnya.  Secara tidak sengaja besi penanda jalan yang diikat "zebra tape" itu bergoyang hampir terjatuh.  Tiba giliran dua orang pelajar perempuan di hadapan aku melalui "zebra tape" berkenaan.  Entah bagaimana, sebaik sahaja dua orang pelajar berkenaan melalui rintangan tersebut, besi penanda jalan itupun tumbang dan terjatuh.  Dua orang pelajar berkenaan dilihat terus berlalu tanpa menoleh ke belakang dan sejurus itu tiba penjaga keselamatan mengangkat semula besi berkenaan dengan mulutnya terkumat-kamit membebel panjang.

Ulasan:
Dalam situasi di atas, dapat dirumuskan beberapa perkara yang jelas dan nyata apa yang sepatutnya berleku.  perkara yang paling penting adalah setiap manuasi perlu ada rasa tanggungjawab terhadap apa sahaja yang dilakukan.  Sama jugalah keadaannya seperti dua orang pelajar yang menjatuhkan besi penanda jalan berkenaan.  Seharusnya pelajar terbabit berpatah semula dan mengangkat kembali besi yang dijatuhkan.  Namun, mungkin juga pelajar berkenaan takut atau panik dan tidak dapat berfikir sewajarnya apa yang harus dilakukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan