Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

33: Jalanpun Raya.


Tarikh   : 11.03.2011
Tempat : Lebuh Raya Utara Selatan – Gopeng.
Situasi  :
Kemalangan jalan raya, langgar secara berderetan melibatkan lapan buah kenderaan.  Hal ini demikian kerana, keadaan jalan agak licin kerana hujan berpanjangan sepanjang hari.  Waktu sekitar jam 11 malam.  Keadaan trafik agak sesak dan jarak kenderaan antara satu sama lain sangat rapat. 


Ulasan  :
Setiap kali musim cuti sekolah atau perayaan, tempat yang paling meriah adalah jalan raya.  Semua orang membanjiri jalan raya untuk ke destinasi masing-masing, termasuklah aku dan adikku yang dalam perjalanan ke Kedah.  Kemalangan yang berlaku juga melibatkan kereta kami.  Seperkara yang kritikal apabila berlaku kemalangan bukan sahaja kecederaan fizikal malah kecederaan emosi orang yang terlibat.  Pastinya semua akan marah dan menyalahi antara satu sama lain.  Pelanggaran dalam keadaan berderet sebegini sememangnya sukar untuk mengenal pasti siapa puncanya kerana jarak kenderaan antara satu sama lain sangat rapat dan brek mengejut secara tiba-toba sangat sukar dielekkan dalam keadaan jalan raya yang licin.  Apabila berlaku keadaan sebegini seharusnya pertimbangan emosi yang waras haruslah wujud bagi mengelakkan pertengkaran dan menyalahkan orang yang tidak bersalah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan