Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

12: Ucaplah Terima Kasih

Tarikh   : 10.02.2011
Tempat : Kafe , Proton City
Situasi   :
Seprti biasa, setiap hari Khamis aku bersama temanku yang lain akan bersarapan di kafe Proton City sebelum masuk ke kelas Sosiolinguistik Melayu.  Hari ini segala-galanya seperti biasa, namun sedang asyik aku menikmati sarapanku, tiba-tiba terpandang seorang pelajar lelaki yang membawa sepinggan Nasi Goreng  dan secawan Teh O, kedua-dua belah tangannya penuh.  Pelajar lelaki berkenaan mahu menggambil tempat duduk di meja makan di bahagian luar, tetapi di tidak boleh membuka pintu untuk keluar kerana tangannya sidah penuh.  Kebetulan pintu berkenaan berhampiran dengan kaunter pembayaran, lantas pekerja yang menjaga kaunter itu membantu pelajar lelaki berkenaan membuka pintu.  Aku kagum dengan keikhlasan yang dipaparkan oleh wanita berkenaan.  Namun, pelajar lelaki berkenaan tidak berkata apa-apa dan terus berlalu pergi.  Aku terfikir, apalah salahnya kiranya pelajar lelaki berkenaan menucapkan terima kasih.


Ulasan: 
Bagi sesetengan orang, mengucapkan terima kasih itu bukan menjadi budaya dan basahan dibibir mereka.  Hal ini mungkin kerana mereka tidak diajar atau dididik dan mungkin juga mereka sendiri tidak mahu mengubah diri sendiri.  Dalam situasi di atas, ucapan terima kasih tidak diucapkan oleh pelajar lelaki berkenaan.  Hal ini  juga menunjukkan bahawa lemahnya kemahiran komunikasi dan berbahasa pelajar lelaki berkenaan.  Selain itu, dengan ucapan terima kasih ini juga mampu melembutkan hati yang keras andai dilafaz dengan ikhlas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan