Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

15: Maulidur Rasul


Tarikh   : 15.02.2011
Tempat : Kolej Harun Aminurrashid (KHAR)

Situasi   :
Saban tahun kita pasti akan melalui tarikh ini iaitu 12 Rabiulawal yang merupakan tarikh Maulidurrasu bagi umat Islaml.  Bagi hari ini tarikh Masihi, Maulidurrasul ini adalah pada 15 .02.2011.  Namun bagi tahun ini Kolej tidak membuat sambutan Maulidurrasul dan pagi ini terasa sangat sayu dan sunyi.  Tiada perarakan atau sambutan yang dilakukan bagi memperingati Rasulullah dengan alasan tidak mendapat kelulusan HEP kerana sudah hampirn dengan tarikh Pilihanraya Kampus. 


Ulasan:
Bagi pendapat saya tidak seharusnya perkara ini berlaku.  Sebagai seorang yang beragama Islam kita perlu mengingati dan menghayati Maulidurrasul ini.  Perararakan dan sambutannya secara beramai-ramai bukanlah wajib, namun ia sedikit sebanyak akam menampakkan semangat umat Islam dan memberi contoh kepada golongan muda.  Selain itu, saya tidak dapat menerima alasan yang diberikan oleh HEP, sedangkan andai dilakukan majlis Maulidurrasul ini ia tidak sampaipun tengah hari dan hari ini tidak akan begitu sunyi sekali.  Kadang-kala kita perlu melanggari peraturan yang dibina sendiri  demi kebaikan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan