Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

22: Di Luar Tahap Sedar


Tarikh   : 24.02.2011
Tempat  : Anjung 1, IPSI
Situasi  :
Situasi ini di dalam kelas.  Ia berlaku sebenarnya mungkin tanpa disengajakan atau sengaja mahu bergurau namun tidak kena pada masa dan keadaannya.  Apabila orang bercakap di hadapan seperti pensyarah atau pelajar yang membuat pebentangan, mereka akan menjadi tumpuan pelajar lain yang fokus mendengar.  Namun malangnya, sedang asyik hamba Allah ini bercakap di hadapan ada seorang pelajar menyampuk atau mengatakan sesuatu.  Dengan spontannya hamba Allah yang bercakap di hadapan itu mengatakan bahawa “ badan awakpun macam panda”.  Mungkin bergurau dan juga mungkin sebagai balasan kepada pelajar yang menyampuk itu.


Ulasan  :
Semasa bercakap atau diberi peluang untuk bercakap di khalayak, kadang-kala kita tidak sedar apa yang diucapkan.  Kebiasaannya orang lain yang mendengar itu yang akan lebih peka terhadap setiap kata yang terlafaz.  Samalah ertinya dengan keadaan di atas.  Perkara pertama yang perlu diperbetulkan adalah sikap pendengar atau pelajar yang menyampuk.  Menyampuk ada kalanya baik, namun biar kena pada tempat dan orangnya.  Hal ini demikian kerana bagi sesetengan orang, dia tidak boleh menerima gangguan semasa sedang bercakap.  Perkara kedua adalah berkenaan hamban Allah yang bercakap di hadapan,  sebagai orang yang menjadi tumpuan, setiap katanya akan dinilai.  Andainya dia mengeluarkan perkataan kurang sedap atau kasar ia akan menyinggung hati orang yang mendengar atau tujuannya.  Seharusnya kata-kata itu diperindahkan lagi supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan