Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

17: Konsistenlah.


Tarikh   : 17.02.2011.
Tempat  : Pintu Timur, Kampus UPSI.
Situasi  :
Pintu Timur semamangnya menjadi tumpuan para pelajar untuk keluar dan masuk daripada Kampus.  Hari ini, sebagaimana pelajar-pelajar lain akau juga turut membantu memenuhsesakkan laluan Pintu Timur.  Tiba- tiba aku terpandang seorang pelajar wanita berpakaian seluar jeans, t-shirt dan hanya berselipar jepun masuk ke dalam kampus.  Aku menjadi tertanya-tanya mengapa pengawal keselamatan tidak menahan pelajar berkenaan kerana dia berpakaian menyalahi etika berpakaian di UPSI.  



Ulasan  :
Pengawasan dan pengawalan yang tidak konsisten dalam kalangan pengawal keselamatan memeriksa etika berpakaian dan kad metrik pelajar sangat mengecewakan.  Andai pengawasan secara konsisten dilakukan, pasti tidak akan ada pelajar UPSI yang berpakaian seperti mahu membeli ikan di pasar.  Hal ini walau dianggap remeh dan menambah kerja pengawal keselamatan tetapi ia perlu kerana ia mampu mendidik para pelajar supaya berpakaian dengan betul dan mengikut peraturan selaras dengan status bakal guru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan