Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

21: Hormatilah.


Tarikh   : 23.02.2011
Tempat : Surau, Taman Bernam
Situasi  :
Surau Taman Bernam sememangnya menjadi tumpuan pelajar, terutamanya pada waktu Zohor.  Namun, seperkara yang tidak manis dan elok adalah sikap pengguna surau berkenaan.  Termasuk hari ini, sebenarnya telah berminggu-minggu aku perhatikan gelagat dan sikap pengguna surau yang seolah-olah tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu mengenai tatasusila dan adab di dalam surau.  Terutamanya bersembang dengan kuat semasa pelajar lain sedang solat.


Ulasan  :
Sepatutnya, setiap kita tahu apa yang perlu dan apa yang tidak boleh dilakukan di dalam surau.  Sepatutnya juga setiap daripada kita peka terhadap persekitaran, terutamanya di dalam surau atau masjid atau di mana-mana sahaja yang ada orang sedang solat, hormatilah orang yang sedang bersolat berkenaan dengan tidak membuat bising dengan apa cara sekalipun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan