Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

29 :Kawalan Berbahasa


Tarikh   : 07.03.2011
Tempat : Auditorium
Situasi  :
Masih teringat lagi akan kejadian semasa Taklimat Praktikum beberapa hari yang lalu.  Apa yang dapat aku kutip dari taklimat itu selain daripada input-input praktikum adalah perlakuan pelajar-pelajar yang mengajukan soalan.  Bermacam-macam ragam dan yang pasti ada yang tidak tahu adab bertanya.  Misalnya bertanya tanpa menapis soalan yang mahu ditanya, bertanya dengan nada yang tidak sesuai seperti mahu marah, bertanya tanpa meminta izin atau pengenalan diri dan sebagainya.



Ulasan  :
Dewasa ini, remaja atau golongan mudah sudah hilang nilainya dan seolah-olah tidak tahu menilai keadaan dan persekiratan mereka.  Bertanya adalah salah satu kemahiran sebenarnya.  Dalam situasi di atas seharusnya tidak berlaku keadaan-keadaan yang dinyatakan kerana rata-ratanya adalah bakal guru.  Memang cara bertanya ini tidak diajar secara lansung di dalam kelas, namun ia boleh dipelajari sedikit demi sedikit secara tidak lansung.  Sebagai contoh, seharusnya apabila bertanya lihat dahulu kepada siapa mahu ditujukan soalan dan gunakanlah sapaan yang betul, meminta izin untuk bertanya kerana mungkin keadaan berkenaan tidak sesuai untuk bertanya dan nada suara ketika bertanya perlulah dikawal agar tidak menampakkan kemarahan.  Segala-galanya ini adalah berkaitan dengan kemahiran berhahasa dan pengawalan emosi ketika berhadapan dengan satu-satu perkara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan