Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

16: Bukan Budaya Kita

Tarikh   : 16.02.2011
Tempat  : DKC
Situasi  :
Pada malam ini, semua pelajar ISMP Bahasa Melayu semester 6 berkumpul di DKC bagi mendengar taklimat praktikum yang akan disampaikan oleh penyelaras praktikum Fakulti Bahasa dan Komunikasi.  Perjumpaan ini dilakukan kerana terlalu banyak rungutan dan kebimbangan yang dialami oleh kami para pelajar.  Ada yang tidak berpuas hati dan sebagainya.  Suasana di salam DKC sangat riuh dan bising.  Seperkara yang menarik perhatianku adalah sikap suka bersorak dan membuat bising seolah-oleh parlimen sedang bersidang.  Keadaan semakin ketara pada sesi soal jawab, apabila yang bertanya soalan itu sendiri menggunakan nada yang keras dan tiada adab bertanya menggambarkan ketidakpuashatiannya terhadap sistem praktikum yang dijalankan.  Sudah ditegur dan dinasihat, tetapi tetap berlaku.


Ulasan  :
Dalam apa jua situasi, sama ada kita ditindas, teraniaya dan sebagainya apa yang perlu dilakukan adalah berfikir dengan logik akal dan merasa dengan perasaan dan naluri insan yang matang.  Perlakuan bersorak dengan bahasa yang kurang sedap didengar sebenarnya akan melambangkan individu-individu berkenaan.  Seperkara lagi, sangat memalukan kerana pensyarah telah menegur cara bertanya dan bersorak tidak tentu hala, namun ia bagai bercakap dengan kerusi atau meja, kerana perkara berkenaan dilakukan lagi tanpa rasa bersalah.  Seharusnya sebagai seorang yang berpelajaran dan sebagai seorang Melayu, haruslah mengamalkan tatasusila dan adab sopan Melayu.  Berbudi dan berbahasalah kerana ia budaya kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan