Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Selasa, 15 Mac 2011

7 : APA YANG MAMPU DIKATAKAN LAGI ?

Tarikh   : 25.01.2011
Tempat  : Proton City
Situasi   :
Saban hari situasi di UPSI tidak asing lagi bagi warga UPSI itu sendiri, namun seandainya orang luar melihat gelagat pelajar UPSI pasti hanya mampu menggelengkan kepala.  Tetapi seperkara perlu difahami bahawa kami di UPSI juga manusia biasa seperti orang lain dan bukannya sempurna.  Cuma mungkin bila disebut bakal guru, maka segala-galanya harus sempurna dan elok dimata semua orang.  Sehinggakan ada yang lupa bahawa dalam setandan pisang pasti ada buah yang buruk, begitulah perihalnya manusia.  Salah satu sikap pelajar UPSI adalah berebut ketika mahu menaiki bas.  Hari ini di Proton City sangat ramai pelajar menunggu bas untuk ke Kampus tetapi malangnya bas tiada.  Lama menunggu, akhirnya baspun tiba.  Apa lagi..semua pelajar termasuklah aku sendiri berebut sebuah bas yang sama.  Mengapa hal ini terjadi?....segala-galanya kerana semua ada kelas pada jam 2 petang sedangkan pada waktu itu jam sudahpun menunjukkan 1.40 petang.  Biarlah apa yang terjadi sekalipun, semua orang berusaha berebut bas, hatta terpaksa tersepit, terpijak kaki dan sebagainya.  Pemandu bas memarahi kami yang berebut, namun tidak kami endahkan kerana keadaan sudah menjadi tidak terkawal.  Dalam keadaan begitu, apa yang mampu dikatakan lagi.

ULASAN :
Sepatutnya kami perlu beratur untuk menaiki bas.  Namun dalam keadaan kapasiti pelajar yang sangat ramai dan bas hanya sebuah sahaja, mana mungkin kami mahu beratur.  Jika difikir dengan logik akal sememangnya ia tidak sepatutnya berlaku begitu.  Namun, masalah berebut bas sudah terjadi sejak dahulu lagi dan ia bukanlah sesuatu yang asing bagi kami.  Pada fikiran saya, masalah ini hanya dapat diselesaikan sekiranya bas ditambah dengan lebih banyak lagi ketika waktu puncak iaitu jam 8.00 pagi, 1.00 petang dan 5.00 petang di semua lokasi mengambil pelajar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan