Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

13: Rawat Mata.





Tarikh   : 11.02.2011
Tempa   : Karnival KUO.
Situasi :
Sedang aku berjalan-jalan di Karnival KUO, aku tertarik dengan gerai yang menawarkan produk rawatan mata, terutamanya bagi mereka yang rabun.  Mata adalah aset penting bagi setiap manusia.  Hari ini sebagai seorang yang rabun aku juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba rawatan berkenaan secara percuma.  Apa yang menarik perhatian aku adalah kata-kata yang diucapkan oleh jurujual berkenaan “ ..kita yang rabun ni, asyik pening kepala nak tukar cermin mata baru sebab power mata dah bertambah, tetapi kita tak pernah pening fikir macam mana nak kurangkan power mata ” .



 Ulasan :
Rabun bolehlah dianggap salah satu kecacatan kecil yang berlaku terhadap sesetengah manusia.  Benar kata-kata jurujual berkenaan, kita saban tahun akan pening kepala untuk menukar cermin mata dengan alasan  tahap kerabunan telah bertambah.  Namun kita tidak pernah berfikir bagaimana mahu menurunkan tahap kerabunan itu.  Itulah fenomena orang rabun yang tidak disedari sebanarnya.  Bagi  mereka yang masih sihat matanya, amalkanlah langkah-langkah penjagaan mata yang betul supaya anda juga tidak perlu pening untuk berfikir menurun kan atau menaikkan kerabunan mata.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan