Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

18: Salah Siapa?


Tarikh   : 18.02.2011.
Tempat : Rumah
                                                     Situasi  :
Hari ini memandangkan tiada kuliah, aku habiskan masa di rumah dan sempat membaca berita online.   Salah satu tajuk berita dalam akhbar online yang aku baca adalah “ Remaja perkosa budak 5 tahun ”. 




Ulasan :
Saat terbaca berita berkenaan, aku hanya mampu menggelengkan kepada dan muncul berbagai-bagai persoalan di minda.  Bagaimana remaja berkenaan sanggup melakukan sedemikian?  Di mana ibu bapa remaja atau kanak-kanak berkenaan ? dan macam-macam lagi.  Dewasa ini masalah sosial masyarakat adalah di tahap yang sangat membimbangkan.  Masyarakat kini seolah-olah tidak ada nilai peri kemanusiaan terhadap orang lain.  Bagi berita di atas, adalah pengaruh daripada persekitaran dan media serta keterbukaan dunia sekarang yang tiada sempadan, lantas remaja itu sanggup membuat onar terhadap kanak-kanak 5 tahun berkenaan.  Inilah yang berlaku jika diri di luar pertimbangan naluri kemanusiaan.  Apabila membincangkan masalah gejala atau perlakuan sosial yang semakin parah ini satu persoalan yang sering ditimbulkan adalah salah siapa?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan