Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

34: Radio


Tarikh   : 12.03.2011
Tempat  : Rumah
Situasi  :
Mendengar radio dirumah, slot bersama Wak Ag di Hot Fm.  Pemanggil megutarakan masalah, dan cuba diselesaikan atau pengacara radio memberi cadangan bagaimana mahu menyelesaikan masalah berkenaan.  Motifnya bagus, Cuma penyampaian dan caranya tidak wajar.


Ulasan  :
Jika diamati betul-betul, apa yang diperkatakan dalam slot di atas semuanya mengarut dan tidak munasabah.  Ya, benar stesen radio berkenaan mahu menarik pendengar, namun perlulah berpada-pada.  Kesalahan berbahasa semamangnya banyak dan nyata tetapi kesalahan memberi cadangan yang boleh dianggap “ tidak sopan / kurang baik ” tidak seharusnya berlaku.  Hal ini demikian kerana, radio didengar oleh segenap lapisan umur, andai pengisiannya terlalu mengarut, ia sedikit-sebanyak akan mempengaruhi kanak-kanak dan golongan remaja yang tidak tahu berfikir panjang.  Sememangnya ia adalah bertujuan untuk berseronok dan suka-suka, namun perkara berkenaan harus ditapis demi kebaikan bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan