Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

19 : Fenomena Pelik.


Tarikh   : 21.02.2011
Tempat  : KFC, Tanjung Malim
Situasi  :
KFC Tanjung Malim adalah salah satu tempat tumpuan di pekan kecil ini.  Begitulah kiranya kepada remaja-remaja yang baru menenal erti seronoknya hidup.  Sebagaimana pengunjung lain, aku juga mengunjungi KFC.  Dalam perjalanan menuju ke pintu masuk KFC, aku terlihat empat orang remaja.  Tetapi yang peliknya tiga orang perempuan dan seorang lelaki.  Mereka berjalan melalui KFC dengan suka rianya.  Si perempuan bagai tidak ada segan silu berjalan dalam kalangan remaja-remaja lelaki yang lain.

Ulasan  :
Situasi yang berlaku mungkin pelik dan tidak sopan bagi aku dan tidak untuk orang lain.  Namun hakikatnya itulah yang berlaku, apabila masyarakat hanya memandang dan menganggap ia sebagai fenomena biasa dan lumrah remaja, maja berwaspadalah untuk menerima akibatnya di masa depan.  Hal ini bukanlah fenomena biasa, kerana ia sebenarnya adalah fenomena luar biasa.  Secara normal dan budayanya, adalah tidak manis melihat seorang gadis bersama dengan tiga orang jejaka lain yang pastinya bukan muhrimnya.  Pergaulan yang terlalu bebas tanpa sedikitpun rasa bersalah pada diri, keluarga dan agama.  Hal yang sebeginilah yang menjadi punca kepada berlakunya masalah yang lebih serius seperti pembuangan bayi, rogol dan sebagainya.  Seharusnya remaja perempuan berkenaan menjaga kehormatan diri dan yang lebih penting maruah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan