Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

24: Tabah

Tarikh   : 26.02.2011
Tempat : Di dalam Bas
Situasi  :
Semasa manaiki bas menuju ke Kampus, pemandu bas telah memasang radio Sinar Fm.  Temubual di dalam radio dibuat antara DJ yang bertugas dengan seorang wanita.    Aku berpendapat pada hari ini bukan sahaja aku, malah penumpang lain juga teruja mendengar perbualan radio berkenaan.  Hal ini demikian kerana ia berkaitan dengan penyakit barah payudara yang dihidapi oleh pemanggil berkenaan.  Dari riak suara dan percakapan, wanita itu sedikitpun tidak sedih malah gembira dengan apa sahaja yang dimiliki seolah-olah wanita berkenaan tidak menunjukkan yang dia seorang yang berpenyakit.


Ulasan:
Sebagai seorang yang berpenyakit, kita haruslah melawan penyakit berkenaan sedaya-upaya.  Jangan selalu berserah apa yang berlaku kerana pasti ada hikmah disebaliknya.  Kecekalan dan ketabahan wanita berkenaan sangat dikagumi dan beliau mampu menjadi contoh kepada insan lain.  Mendengar suara perempuan itu tadi, seakan memberi semangat baru supaya terus bersemengat menghadapi hidup biar sebesar manapun dugaannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan