Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

25: Terlalu Lewat.


Tarikh   : 28.02.2011
Tempat : Bilik e-Learning 7
Situasi  :
Beberapa orang pelajar datang lewat.  Seperti biasa tiada langsung rasa bersalah dan mahu meminta maaf kepada pensyarah  .Lewat masuk ke kelas  masih boleh diterima andai lewatnya itu bersebab dan kukuh serta tidak terlalu lewat.  Ada seorang pelajar, lewat masuk ke  kelas pada hari ini, setiap kali kelas jam 8 pagi ini pelajar berkenaan pasti akan masuk ke kelas sekitar jam 8.30 pagi.



Ulasan :
Sebagai seorang bakal guru, masa masuk ke kelas adalah sangat penting.  Semasa datang ke kuliah inilah guru boleh melatih diri supaya tepat pada masa masuk ke kelas dan bukannya mengambil sambil lewa terhadap masa ke kuliah.  Pelajar dalam situasi di atas semamangnya sangat tidak wajar tindakannya, lainlah sekiranya sebelum ini dia ada kelas di mana-mana.  Namun pastinya pelajar berkenaan tidak ada kelas kerana kelas ini adalah kelas jam 8 pagi.  Seharusnya perubahan perlu dilakukan demi masa dempan pelajar berkenaan dan imej UPSI dimata orang luar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan