Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Khamis, 17 Mac 2011

14: Berpakaian


Tarikh   : 14.02.2011.
Tempat : Bangunan IPSI.
Situasi  :
Hari ini aku terpanggil untuk menulis mengenai satu perkara yang sememangnya lazim dalam kalangan warga UPSI.  Hal ini sebenarnya soal lambang identiti dan perwatakan seseorang.  Hari ini juga aku sangat tertarik untuk melihat dan cuba memahami cara pemakaian atau etika berpakaian pelajar UPSI yang juga bakal guru.  Di tempat lain pakaian berbatu t-shirt dan berseluar jeans itu tidak menyalahi norma pemakaian, namun di dalam kampus UPSI ia kelihatan canggung bagi yang tahu etika dan adab berpakaian.  Bukan mahu yang sempurna, tetapi biarlah ia bersesuaian dengan identiti dan lambang kerjaya yang akan dibawa.


Ulasan:
Kadang-kala  sikap “ Don’t judge a book by it’s cover ” itu membawa konotasi yang buruk atau negatif.  Ungkapan Inggeris itu membawa makna jangan menilai sesebuah buku itu berdasarkan kulitnya dan begitu jugalah manusia, jangan menilai berdasarkan pakaian dan luaran sahaja.  Namun, hakikatnya, perkara itulah yang paling utama dan pertama yang akan dilihat oleh khalayak.  Andai pakaiannya seluar jeans ketat dan t-shirt lusuh dan kecil, itu bukanlah pakaian seorang yang bergelar guru.  Kerana guru itu sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan