Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

32 : Dialek Kita.

Tarikh   : 10.03.2011
Tempat : Kampus UPSI.
Situasi  :
Dua orang sahabat sedang bersembang dalam dialek mereka tanpa menghiraukan orang lain.  Sehinggakan pergi ke kedai dan bercakap dengan penjual juga menggunakan dialek mereka sedangkan mereka tahu bahawa penjual itu tidak tahu berbahasa dialek mereka.



Ulasan  :
Isu dialek bukanlah satu isu yang baru.  Cuma isu ini tetap hangat di UPSI kerana sebagai seorang guru unsur bahasa itu sangat penting.  Pertuturan di sekolah adalah menggunakan bahasa standart dan bukannya bahasa dialek.  Ada sesetengan individu yang sangat talsub dengan dialeknya sehingga sukar untuk berbahasa standart walaupun berbicara dengan orang lain yang sememangnya sukar untuk memahami apatah lagi bertutur dalam dialeknya.  Ia bukan lagi hak individu, kerana ia sebenarnya adalah hak bersama kerana penggunaan bahasa yang mudah difahami akan menimbulkan suasana yang harmoni dan tindakan yang bakal dilakukan selari dengan apa yang diperkatakan.  Kadang-kala ia boleh menimbulkan kemarahan pihak lain kerana tidak faham dialek yang dituturkan.  Seharusnya, individu yang tidak boleh berbahasa standart cuba berusaha untuk berbahasa standart kerana ia sangat diperlukan sebagai seorang bakal guru.  Sekiranya ingin berbahasa dialek tidak salah andai kena pada tempat dan orang yang dilawan berbicara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan