Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

27 : Berbahasalah Dengan Betul Dan Tepat.

Tarikh   : 02.03.2011
Tempat  : Auditorium Utama
Situasi  :
Hari ini ada taklimat Praktikum yang disampaikan oleh Yg Bhg. NC, wakil Akademik, wakil HEP, wakil Fakulti dan lain-lain.  Sememangnya majlis ini adalah majlis yang separa formal.  Atas sebab itu juga mungkin aspek kesantunan berbahasa itu tidak begitu ditekankan.  Hal ini demikian kerana, sepanjang taklimat ini berlansung terlalu banyak percampuran kod bahasa iaitu antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Sebagai contoh :
                “ can we start the taklimat ?”
                “ Jangan worry” dan lain-lain.



Ulasan  :
Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu tidak mungkin akan terlaksana sekiranya masih ada tabiat mencampurkan kod bahasa ini.  Ia sedikit sebanyak telah mencemarkan kesantunan dan keindahan sesebuah bahasa.  Bagi orang-orang yang mengambil aliran bahasa, mendengar sahaja ayat di atas dilafazkan terasa marah dan geram.  Seharusnya semua pihak perlu peka akan penggunaan bahasa Melayu yang betul.  Andai benar tanggapan orang ramai yang mengatakan bahawa bahasa Melayu itu mudah, maka gunakanlah dengan mudah, betul dan tepat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan