Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Rabu, 16 Mac 2011

11: Contoh yang Negatif.

Tarikh   : 09.02.2011 ( RABU )
Tempat : Rumah
Situasi   :
Sambil-sambil sibuk dengan tugasan yang banyak, aku tidak melepaskan peluang atau mencuri sedikit masa untuk menenangkan minda dan merehatkan mata daripada memandang komputer sepanjang hari.  Masa yang terluang hari ini aku membaca majalah Remaja yang sememangnya menjadi kegemaran remaja-remaja di Malaysia namun tidak termasuk aku.  Niat untuk membaca majalah itu bukanlah atas dasar suka tetapi atas dasar saja-saja.  Majalah rakanku ini kubelek sehelai demi sehelai dan aku hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat gambar-gambar model atau artis di dalam majalah berkenaan.  Apa yang aku dapat lihat adalah model yang berpakaian tidak sopan dengan pakaian terdedah yang sangat negatif.  Apabila dipersoalkan dan ditanya pendapat ramai , mereka akan mengatakan ia adalah fesyen, namun sedarkah kita bahawa tidak semua fesyen itu bagus dan ia sebenarnya banyak memberi contoh yang negatif.



Ulasan :
Sebagai sebuah majalah yang menjadi tumpuan ramai remaja di luar sana, majalah berkenaan haruslah lebih matang dan waras dalam pemilihan pakaian yang dipakai oleh model-model berkenaan.  Hal ini demikian kerana sedikit sebanyak ia akan memberi kesan negatif kepada para remaja. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan