Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Selasa, 15 Mac 2011

8: BANTULAH MAK CIK.

Tarikh   : 1.02.2011
Tempat : BSN, Tapah.
Situasi   :
Hari ini aku berkunjung ke BSN untuk membayar bil utiliti.  Sebagaimana prosedur biasa, setiap pelanggan dikehendaki mengambil nombor giliran.  Selang beberapa ketika, ada seorang wanita dalam linkungan 50-an tiba di meja mengisi borang dan mengambil nombor.  Namun, setelah beberapa ketika aku lihat wanita itu masih di situ tidak berbuat apa-apa dan hanya memandang pelanggan-pelanggan lain mengambil nombor giliran untuk berurusan di kaunter seorang demi seorang.   Dari situ aku dapat mengagak bahawa wanita berkenaan tidak tahu mengisi borang atau mengambil nombor giliran. Lantas tanpa berlengah, aku bangun dari dudukku dan membantu wanita berkenaan menyelesaikan urusannya.  Apa yang terpancul dari mulut wanita itu sebaik sahaja aku membantunya adalah "terima kasih...mak cik tak tau..."

Ulasan  :
Kadang -kala perlakuan manusia itu sukar untuk difahami.  Dalam situasi wanita itu tadi ada beberapa perkara yang dapat dikesan antaranya adalah pertama sikap masyarakat yang tidak endah akan kesusahan orang lain dengan mementingkan diri masing.  Sikap sebeginilah harus diubah kerana sekiranya masyarakat terus berpendirian demikian, tidak akan harmoni negara Malaysia ini.  Kedua, ia sebenarnya adalah masalah berbahasa yang dialamai oleh wanita berkenaan, bukan masalah tidak tahu bertutur, tetapi  masalah wanita berkenaan adalah cara berkomunikasi seperti bagaimana mahu memulakan pertanyaan dan sebagainya.  Namun mungkin juga wanita berkenaan berasa malu dan rendah diri.  Sepatutnya wanita berkenaan perlu bertanya sama ada kepada pelanggan lain atau di kaunter pertanyaan bank berkenaan.  Hal ini telah menggambarkan betapa kemahiran berbahasa dan tingkah laku itu sangat berkait rapat dan penting dalam kehidupan seharian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan