Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

30 : Empati


Tarikh   : 08.03.2011
Tempat : Taman Universiti.
Situasi  :
Pagi-pagi sebegini, salah satu pekerjaan yang telah beroperasi adalah pemungut sampah daripada Majlis Daerah.  Sewaktu aku melalui gerai-gerai di hadapan Taman Universiti, aku tertarik untuk melihat kerja-kerja pemungutan sampah yang dilakukan.  Bukan hanya seronok melihat, tetapi aku memikirkan nilai kerja yang mereka lakukan.  



Ulasan  :
Sesetengan pekerjaan ia mempunyai nilai dan pandangan daripada masyarakat yang tersendiri.  Seperti pekerjaan memungut sampah bukanlah sabuah pekerjaan yang hina, malah sebenarnya pekerjaan itu sangat mulia dan ia boleh dianggap profesional kerana bukan semua orang mampu untuk melakukannya.  Memang kerjanya bergelumang dengan sampah, namun nilai kerja itu sangatlah tinggi kerana tanpa mereka yang sanggup menceburkan diri dalam bidang ini tidak mungkin persekitaran kita akan bersih.  Oleh itu, seharusnya nilailah sesebuah pekerjaan itu dari sudut orang yang membuat kerja berkenaan dan bukannya pandangan masyarakat luar yang biasanya serong.  Dalam erti kata lain empatilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan