Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Jumaat, 18 Mac 2011

40 : Cuci Kereta

Tarikh   : 18.03.2011
Tempat : Tempat Mencuci Kereta
Situasi  :
Seorang lelaki dalm lingkungan 40-an mungkin seorang penjawat kerajaan atau Polis, dilihat dari susuk tubuh dan raut wajahnya.  Dia juga mencuci keretanya.  Ketika mahu membayar lelaki 
berkenaan tiada duit kecil dan pemilik tempat cuci kereta berkenaan tiada wang tukar.  

“macam mana ni, tak ada duit tukar”  kata lelaki itu dengan nada keras.  “Kalau macam tu esok saya datang bayar ” sambung lelaki itu lagi dengan suara yang keras.  “eh, mana boleh encik..” Kata tuan kedai berkenaan.  “Habis tu dah tak ada duit tukar, kalau tak percaya datang rumah saya ”  Kata lelaki berkenaan dengan keras  sambil menunjuk arah rumahnya.  Tidak terkata tuan kedai berkenaan dan lelaki itupun terus berlalu pergi dengan keretanya yang sudah bersih dicuci itu.


Ulasan  :
Berdasarkan situasi yang aku alami tadi, dapat disimpulkan kedua-dua belah pihak bersalah.  Pertama lelaki 40’an berkenaan.  Sungguhpun tuan kedai itu bersalah kerana tidak mempunyai duit tukar, dia tidak seharusnya meninggikan suara dan berkata-kata dengan keras seolah-olah tuan kedai itu tidak mempunyai parasaan.  Jika dilihat dari perlakuan lelaki 40-an berkenaan, dia kelihatan merendah-rendahkan status dan pekertaan tuan kedai sebagi pencuci kereta.  Apalah salahnya andai dia menggunakan bahasa yang lebih lembut dan halus dan dengan nada suara yang lebih sesuai kerana lelaki 40-an itu bukan sahaja membawa imejnya, tetapi turut membawa imej atau sikap orang Melayu dan aku turut berasa malu dengan tindakannya.

39 : Saring Bahan Dan Bahasa.


Tarikh   : 17.03.2011
Tempat : Taman Bernam 2.
Situasi  :
Hari ini aku akan menjadi penilai untuk pengajaran makro rakan sekelasku.  Semasa menilai, aku dapati rakanku ini menggunakan bahan bantu mengajar yang baik namun ada aspek yang mungkin terlepas pandang dan tidak sepatutnya berlaku.  Keratan akhbar yang diambil untuk dijadikan BBM mengandungi tajuk akhbar yang agak ‘keterlaluan’ dan tidak sesuai untuk pelajar.  Walaupun sebenarnya bukan itu fokusnya, fokusnya hanyalah sebahagian daripada akhbar berkenaan.


Ulasan:
Sebagai seorang guru, pastinya kita teruja untuk menggunakan BBM yang pelbagai bagi menarik perhatian pelajar.  Namun seharusnya setiap BBM yang diambil atau digunakan terutamanya yang diambil secara lansung daripada internet perlulah disaring terlebih dahulu supaya tidak memaparkan kepada para pelajar perkara-perkara yang tidak sepatutnya.  Dewasa ini kita perlu paham bahawasanya pelajar – pelajar sekolah sudah sememangnya terdedah dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti lucah, samseng dan sebagainya.  Maka, sebagai seorang guru kita harus menyaring terlebih dahulu bahan dan bahasa yang digunakan supaya ia tidak mempengaruhi pelajar.

38 : Makna Dalam Bahasa.


Tarikh   : 16.03.2011
Tempat : Akhbar Online
Situasi  :
Membaca akhbar online memang mudah dan cepat.  Namun kadang-kala, tajuk sesetengan berita itu menimbulkan kekeliruan andai tidak dibaca dengan teliti cerita atau kisah sebenarnya.  Sebagai contoh :
                “Tiga Kali Lebih Besar ”
                “ Kapala Dalam Longkang”

Ulasan  :
Akbar sememangnya akan cuba menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pembaca apabila membaca atau membeli akhbar mereka.  Berita-berita yang dianggap pelik tajuknya ini yang biasanya akan menjadi tarikan utama, maka tidak hairanlah mengapa ada sesetengah akhbar yang memaparkan tajuk yang agak keterlaluan.  Setiap tajuk yang dipilih tidak membawa makna atau merujuk kepada maksud sebenarnya.  Sebaliknya, tajuk yang dipaparkan sering kali akan membuatkan pembaca memberi makna dua lapis terhadap tajuk berkenaan.  Walaupun dari satu aspek ia dilihat baik kerana mampu menimbulkan rasa ingin tahu dan secara tidak lansung mendidik khalayak untuk membaca, namun bagi yang masih malas membaca mereka mungkin akan mentafsirkan makna yang negatif atau tidak selari dengan cerita sebenar.  Hal ini telah menggambarkan bahawa bahasa sebenarnya mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang, kerana dengan bahasa ia mampu merubah emosi orang dan sebagainya.  Oleh itu, gunakanlah bahasa dengan betul supaya tidak menimbulkan salah faham.

37 : Amalan Di Kaunter


Tarikh   : 15.03.2011
Tempat :  Kedai, Taman Universiti
Situasi  :
Jurujual yang tidak mesra pelanggan dengan mempamerkan muka yang masam.  Apatah lagi untuk mengucapkan “terima kasih” atau membalas dengan “sama-sama”. 

Ulasan  :
Amalan di kaunter juga adalah salah satu kemahiran yang oerlu dikuasai oleh semua jurujual.  Khidmat terbaik haruslah diberikan kepada pelanggan supaya pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.  Apalah salahnya andai mengucapkan “terima kasih” atau sapaan yang lain melambangkan jurujual menghargai kehadiran pelanggan di kedainya.  Inilah yang dikatakan kemahiran berbahasa, walaupun bahasa itu dipelajari dari kecil lagi, namun tidak semua tahu untuk berbahasa dengan tepat dan betul, malah harus diingat bahawa mimik muka juga adalah bahasa.

36 : Memandu Sesuka Hati.


Tarikh   : 14.03.2011
Tempat  : Jalan Raya
Situasi  :
Sebuah kereta buatan tempatan di pandu oleh orang tempatan.  Pemandu berkenaan tidak mematuhi undang- undang jalan raya dan tidak berperikemanusiaan.  Memotong kenderaan lain dengan sesuka hati tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.  Memandu dengan laju.


Ulasan  :
Hari ini aku kira sangat bertuah bertemu dengan pemandu yang boleh dianggap samseng jalan raya kerana ada cerita yang boleh dimasukkan ke dalam blog ini.  Pemandu berkenaan boleh dianggap tidak mempunyai kesedran sivik kerana memandu mengikut suka hati tanpa memikirkan keselamatan pemandu atau pengguna jalan raya yang lain.  Sikap sebeginilah yang sering mangakibatkan kemalangan yang tidak diingini.

35 : Ketidakupayaannya.


Tarikh   : 13.03.2011
Tempat : Pasar
Situasi  :
Seperti biasa, ramai orang berpusu-pusu ke pasar pada hujung minggu untuk membeli bekalan makanan.  Kelihatan pengemis meminta ihsan orang ramai menghulurkan sekeping dua Ringgit Malaysia ke dalam bekas yang disediakan.  Keadaan sungguh daif, kasihan dan sedih.  Rezeki pengemis itu banyak, kerana ramai yang menghulurkan sedekah kepadanya.


Ulasan  :
Soal peminta sedekah atau pengemis ini adalah soal masyarakat keseluruhannya.  Ia menggambarkan tingkah laku masyarakat melayan dan berkomunikasi dengan orang yang sebegini.  Ada yang jijik, ada yang simpati ada yang benci dan bermacam-macam lagi. Itulah dikap dan tingkah laku khalayak. Saat aku terpandang orang yang sebegini, aku pasti akan terfikir di mana warisnya membiarkan dia hidup melarat.  Benatkah langsung tiada waris? Atau dibuang keluarga akibat kecacatan dan ketidakupayaan. Pastinya mereka tidak diminta untuk jadi sedemikian rupa dan pastinya mereka merenung masa hadapan, adakah akan terus berada di situ meminta-minta atau di tempat yeng lebih selesa . Seharusnya pihak berkuasa lebih peka akan keaaan sebegini dengan menempatkan mereka yang tiada perlindungan ini di tempat yang sewajarnya.