Susur Malim

Susur Malim
Susuri

Rabu, 10 Ogos 2011

Asam Garam Seorang Guru.

Semalam....
kejadian ini berlaku bukan di sekolah saya...ia berlaku pada teman seperjuangan yang mengajar di sekolah bersebelahan dengan sekolah saya.  Kisahnya, ibu bapa menerjah masuk ke kelas dan memberitahu pada teman saya bahawa dia ingin berjumpa dengan pelajar yang mengejek anaknya...dalam keadaan terpinga-pinga, teman saya membenarkan si ibu tadi memanggil pelajar yang mengejek anaknya, namun tiada seorang pun yang keluar. Lama menunggu akhirnya ibu itu pun berlalu pergi. Akibatnya, oleh kerana terlalu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pelajar kelas berkenaan, guru kelasnya sendiri masuk ke kelas dan melepaskan segala apa yang terpendam selama ini berkenaan anak-anak muridnya itu.

Hari ini...
Saya menangkap seorang pelajar yang ponteng.  Alasan sungguh tidak munasabah.  Pelajar kelas saya sendiri tidak menyiapkan tugasan yang diberikan.  Ada pelajar yang membebel,merungut apabila dimarah dan ditegur.  Jadi..????

Esok...
Entah apa pula ceritanya.....

       Kini, menjadi seorang guru seumpama mempertaruhkan kesabaran dan ketabahan jiwa.  Sedih melihat pelajar-pelajar zaman ini.  Seolah-olah mereka tidak memikirkan masa depan dan hari-hari akan datang.  Mana dengan masalah melawan guru, tidak hormat guru, bergaduh, merokok, mencuri, tidak siap kerja, ponteng kelas dan macam-macam lagi.  Hal ini ditambahterukkan lagi dengan sikap ibu bapa yang tidak boleh langsung menyentuh anak mereka.  Manjakan anak biar bertempat.  Jangan sampai guru tidak boleh berbuat apa-apa, jangan sampai pelajar datang ke sekolah langsung tidak mendapat apa-apa.  Semoga pelajar saya itu tahu menilai dunia hari ini...semoga mereka dapat menjadi insan baik di bunia & akhirat.

Selasa, 9 Ogos 2011

JANJI


Nor AziAriff
JANJI

Janji
terungkap kala pasti
terzahir kala yakin
ternoda kerna alpa.

Kerna janji
insan percaya membabi buta
insan lupa dosa pahala
insan murni menjadi hina
insan suci jadi tercela
lantas bertitik noda dijiwa.

Jangan berjanji sesedap jiwa
kelak merana diri terhina
andai berjanji, biarlah berpada
sandarkan ketentuan pada yang esa
kita insan hanya menduga
tapi dia penentu segala.

Tanjung Malim
20.01.2011